Berita Hari Ini

Kumpulan pertama jemaah umrah luar tiba di Arab Saudi

Kumpulan jemaah luar yang pertama sudah mula tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Abdulaziz sejak petang semalam bagi mengerjakan ibadah umrah.

Jemaah berkenaan juga dibenarkan untuk menziarahi Masjid Masjidil Haram dan Masjid Nabawi di Madinah buat kali pertama selepas Kerajaan Arab Saudi menangguhkan sementara ibadah umrah susulan pandemik koronavirus.

Bagi fasa ketiga ibadah itu, seramai 20,000 jemaah umrah dan 60,000 orang dibenarkan memasuki Masjidil Haram sehari.

Sejumlah 19,500 permit turut dikeluarkan bagi pelawat untuk menziarahi makam Nabi Muhammad mulai hari Ahad.

Kementerian Haji dan Umrah memaklumkan ia telah menetapkan 10 hari sebagai tempoh maksimum untuk jemaah asing tinggal di negara itu.

Menurutnya, tempoh tempahan yang diterima setakat ini adalah hingga 31 Disember.

Sementara itu, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam (GACA) telah menyelesaikan semua persiapan untuk menerima jemaah umrah asing di Lapangan Terbang Jeddah.

GACA, bekerjasama dengan badan kerajaan dan swasta, telah membuat semua langkah pencegahan dan protokol pembasmian untuk membendung penyebaran koronavirus sebagai sebahagian operasinya yang komprehensif.

Menurut protokol yang dikeluarkan oleh kementerian, usia jemaah asing yang dibenarkan adalah antara 18 dan 50 tahun dan mereka mesti dikuarantin selama iga hari di tempat penginapan mereka di Mekah setelah sebaik sahaja tiba.

Peraturan tersebut menetapkan bahawa jemaah haji harus memiliki sijil ujian perubatan PCR yang menunjukkan mereka bebas daripada koronavirus.

Sijil itu mesti dikeluarkan oleh makmal di negara jemaah, tidak lebih dari 72 jam dari saat mereka menjalani ujian saringan hingga waktu berlepas ke Arab Saudi. – MalaysiaGazette

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");