Perak Hari Ini

Lebih 9,000 penduduk di 2 lokaliti di Ipoh kena PKPD

Kerajaan hari ini mengumumkan perlaksanaan perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) di Zon A, Taman Klebang Jaya dan Taman Pinji Mewah di Ipoh, Perak selama 14 hari.

Menteri Kanan (Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob berkata, PKPD di dua lokaliti itu dilaksanakan bermula 1 Dis hingga 14 Dis membabitkan lebih 9,000 penduduk.

“Zon A, Taman Klebang Jaya melibatkan 1,061 buah rumah dengan jumlah penduduk seramai 4,244 orang.

“Sementara itu di Taman Pinji Mewah terdapat 1,430 buah rumah dan 44 unit kedai/pejabat dengan jumlah penduduk seramai 5,720 orang,” katanya pada sidang media hari ini.

PKPD di kawasan itu dilaksanakan susulan peningkatan kes positif Covid-19 melibatkan pekerja kilang Kamaya dan kilang Salutica di Ipoh yang tinggal di dua lokaliti terbabit.

”Sehingga kini, kesemua 1,402 individu telah disaring dan jumlah kumulatif kes positif yang direkodkan adalah 228 kes melibatkan pekerja di kilang Kamaya dan kilang Salutica.

KKM mengesahkan jangkitan yang melibatkan pekerja di kedua-dua kilang ini merebak di kawasan tempat tinggal mereka.

“Daripada jumlah itu, 110 kes positif direkodkan melibatkan pekerja yang tinggal di Zon A, Taman Klebang Jaya, Ipoh.

“Manakala itu, daripada 737 ujian saringan yang dilaksanakan dalam kalangan pekerja di kilang Salutica, 119 kes positif direkodkan dan 618 masih menunggu keputusan.

“Daripada jumlah itu, 89 kes positif melibatkan jangkitan pekerja yang tinggal di Taman Pinji Mewah,” katanya sambil memaklumkan bahawa pelaksanaan PKPD di kawasan itu adalah bagi membolehkan KKM melakukan saringan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");