Berita Hari Ini

Lelaki Dakwa Rugi RM15,462, Beli Nombor Ekor Di Laman Sosial

KUANTAN – Seorang lelaki membuat laporan polis mendakwa kerugian RM15,462 akibat ditipu dalam pembelian tiket nombor ekor menerusi laman sosial Facebook, Selasa lepas. 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Supt Mohd Wazir Mohd Yusof berkata mangsa berusia 45 tahun itu mendakwa berurusan dengan seorang suspek lelaki berhubung perkhidmatan menilik nombor ekor dan bersetuju membeli nombor yang diramal menang. 

“Suspek dikatakan telah menghubungi mangsa pada pagi Rabu lepas, untuk memaklumkan nombor ekor yang dibelinya telah memenangi wang tunai berjumlah RM1.8 juta. 

“Mangsa diarahkan untuk membuat bayaran kepada suspek, kononnya sebagai bayaran proses pengeluaran wang dan kos pentadbiran,” katanya sebagaimana dilaporkan Bernama, hari ini. 

Mohd Wazir berkata mangsa mendakwa telah membuat bayaran sebanyak enam kali menggunakan mesin deposit tunai mulai petang Rabu hingga pagi semalam, sebelum berasa curiga kerana suspek masih meminta wang kononnya sebagai upah peguam.

Sehubungan itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Mentakab, Temerloh kira-kira 118 kilometer dari sini, dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat dan boleh didenda, jika sabit kesalahan. 

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");