Berita Hari Ini

Lelaki Didakwa Liwat Remaja Teresak-esak Mohon Diberi Jaminan

JOHOR BAHRU: Seorang lelaki didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini, atas pertuduhan meliwat seorang remaja berusia 15 tahun, Ahad lalu. 

Memetik Harian Metro, Tertuduh, Abang Ariff Haikal Abang Zaidel, 22, mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim V M Mabel Sheela.

Mengikut pertuduhan, Abang Ariff Haikal didakwa sengaja melakukan persetubuhan bertentangan aturan tabii dengan remaja berusia 15 tahun di ruang tamu sebuah rumah di Bandar Baru Uda, di sini, kira-kira jam 5 petang, 8 November lalu. 

Dia didakwa mengikut Seksyen 377A Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara maksimum 20 tahun dan sebatan. 

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Sulehan Abd Rahman manakala tertuduh tidak diwakili peguam. 

Terdahulu, Nur Sulehan memohon mahkamah tidak memberikan jaminan ke atas tertuduh dengan alasan ia kesalahan yang tidak boleh dijamin namun memohon mahkamah menetapkan jaminan sebanyak RM30,000 jika membenarkannya. 

Bagaimanapun, hakim berkata beliau akan mempertimbangkan jaminan jika tertuduh membuat rayuan apatah lagi dengan keadaan penjara yang sesak dan penularan wabak Covid-19.

Tertuduh yang menangis teresak-esak kemudian memohon mahkamah memberikan jaminan dengan jumlah rendah kerana baru dibuang kerja tiga bulan lalu selain sudah insaf dengan perbuatannya. 

Hakim kemudian memerintahkan tertuduh dijamin RM5,000 dengan dua orang penjamin, perlu melapor diri di balai polis berhampiran sebulan sekali selain dilarang mengganggu saksi dan mangsa. 

“Mahkamah harap kamu akan datang untuk sebutan semula kes kamu nanti sebelum jam 9 pagi selepas ini. 

“Jangan beri alasan sakit perut, beri sijil sakit dan sebagainya. Mahkamah beri jaminan sebab percayakan kamu dan jangan sia-siakannya, ” kata hakim. 

Sebutan kes ditetapkan pada 15 Disember depan bagi penyerahan laporan perubatan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");