Perak Hari Ini

Little India Ipoh ‘Sunyi’ Menjelang Sambutan Deepavali

IPOH -Meskipun perayaan Deepavali bakal menjelang tidak lama lagi, keadaan dan suasana di kawasan Little India di Jalan Lahat, lengang tanpa kehadiran pengunjung susulan arahan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Perak dan ianya tidak menghalang peniaga menjalankan operasi seperti biasa.

Kawasan berkenaan pada dahulunya yang seringkali menjadi tumpuan setiap kali sambutan Deepavali bagi penganut Hindu untuk mendapatkan pakaian baharu selain kelengkapan perayaan, kini berubah ‘wajah’.

Tinjauan Peraktoday hari ini mendapati, hampir semua peniaga yang ditemui mengeluh kerana hasil jualan mereka sedikit berbanding tahun sebelum ini tetapi para peniaga akur akan perintah yang dikeluarkan oleh negeri pada tempoh hari demi mengekang penularan pendamik COVID-19.

Malah, perniagaan kuih tradisional masyarakat India seperti muruku, vadai, dan ladoo turut berkurangan.

Bagi seorang peniaga kuih tradisional Alvin Johnraj, 25, perniagaan kuihnya kurang mendapat sambutan seperti sebelum ini kerana kurang pengunjung yang hadir di sini susulan arahan PKPB yang telah dikeluarkan oleh negeri.

“PKPB kali ini menyukarkan saya untuk berniaga kerana ramai pengunjung tidak hadir dan ia akan menjejaskan sumber pendapatan saya.

“Sebelum ini saya boleh meraih pendapatan sehingga ribuan tapi kali ini agak sukar kerana saya harus berniaga sehingga malam untuk raih pendapatan”. katanya ketika ditemui.

Bagi peniaga pakaian Sunderaj Singh, 55, yang mengusahakan perniagaan pakaian berkata sambutan Deepavali pada tahun ini tidak meriah seperti tahun sebelumnya ekoran penularan pendemik COVID-19 ini.

“Dahulu orang beli dua atau tiga pasang pakaian tetapi sekarang hanya sepasang seorang disebabkan tidak boleh keluar untuk menyambut perayaan, bajet pelanggan pun kurang dan tidak meriah.

“Pelanggan yang datang di kedai untuk musim perayaan kali ini bukan hanya membeli dalam kuantiti sedikit tetapi turut memilih harga pakaian yang lebih murah”. Katanya.

Hasil tinjauan juga mendapati semua premis mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan dengan menyediakan termometer, kod QR dan pensanitasi tangan di kawasan itu seperti lazimnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");