Membawang Hari Ini
Like

M.Daud Kilau Masuk Hospital Kerana Sesak Nafas

November 13, 2020
20 Views
0 Comments
1 minute read
M.Daud Kilau Masuk Hospital Kerana Sesak Nafas

TELUK INTAN – Penyanyi veteran, Datuk Muhammad Daud Kilau atau lebih dikenali sebagai M.Daud Kilau dimasukkan ke Hospital Teluk Intan di sini petang semalam selepas mengadu sesak nafas.

Menurut anaknya Ahmad Zaini, bapanya yang berumur 82 tahun itu mengadu sesak nafas sejak semalam dan dibawa ke Klinik Kesihatan Bagan Datuk untuk mendapatkan rawatan sebelum kembali sesak nafas semula pagi semalam. 

“Kami membawanya ke klinik tetapi dihantar ke HTI dengan ambulans dan mendapatkan rawatan di unit kecemasan sebelum dipindahkan ke wad pada pukul 3.15 petang tadi. Keadaan ayah agak lemah namun stabil dan dia juga boleh bercakap,” katanya sebagaimana dilaporkan Bernama. 

Ahmad Zaini turut berharap orang ramai dapat mendoakan kesihatan ayahnya yang berdepan masalah kesihatan sejak empat tahun lepas. 

Pelantun lagu Cek Mek Molek yang juga sering dirujuk sebagai Raja Gelek itu mempunyai penyakit kencing manis, tidak boleh berdiri lama, kebas kaki dan tangan serta pinggang, selain keadaan jantung tidak stabil.

Comments are closed.