Berita Hari Ini

M40 Juga Terkesan Pendamik COVID-19

IPOH – Masih banyak perdebatan di dalam dewan parlimen dan juga buah mulut rakyat selepas dua minggu pembentangan Belanjawan 2021.

Golongan berpendapatan pertengahan (M40) adalah antara suara yang paling kerap kedengaran di media sosial.

Segelintir daripada mereka berpendapat, M40 juga tidak boleh diabaikan ekoran keadaan kewangan mereka yang semakin tertekan sejak kebelakangan ini, walaupun kerajaan wajar memberi tumpuan kepada golongan berpendapatan rendah (B40) selaku yang paling memerlukan.

Bagi pekerja swasta, Samsuri Kamal berkata M40 juga terkesan ekoran pendamik berkenaan sepertinya mereka juga mmahami dengan kekangan kewangan semasa kerajaan.

“M40 juga perlu diberi perhatian juga kerana dalam tempoh lapan ke sembilan bulan penularan COVID-19 ini, duit simpanan kami pun dah habis.

“M40 ini macam seolah-olah ambil duit daripada kami sebab kami pembayar cukai, tapi kami tak dapat apa-apa, macam Robin Hood, ambil duit daripada orang yang ada dan taburkan duit itu (kepada golongan B40).

“Saya berharap lebih banyak pemberian bukan tunai diberikan untuk membantu meringankan beban kewangan mereka,” katanya

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");