Berita Hari Ini

Mahasiswa tuntut kerajaan kurangkan yuran pengajian

Suara Mahasiswa Universiti Tun Hussein On Malaysia (UTHM) menuntut agar universiti mengurangkan dan memulangkan semula yuran pengajian pelajar berikutan kaedah pembelajaran dan pengajaran yang hanya dilakukan secara atas talian.

Menerusi kenyataan bersama yang dibuat Mahasiswa UTHM, adalah tidak relevan untuk membayar yuran secara penuh dalam keadaan fasiliti dan perkhidmatan universiti tidak dapat dimanfaatkan secara maksimum.

Menurutnya, tindakan mengenakan yuran pengajian dan perkhidmatan secara penuh tanpa sebarang pengurangan adalah tidak munasabah sama sekali.

“Bagi pelajar tahun 1, 2 dan 3 yang akan menggunakan makmal perlu membayar yuran penuh sedangkan pembelajaran dijalankan secara atas talian.

“Pihak universiti sewajarnya mengembalikan hak mahasiswa yang telah membayar yuran pengajian dan perkhidmatan mereka.

“Majoriti pelajar juga terdiri dari keluarga B40 dan M40. Ini belum lagi ditambah dengan permasalahan keluarga mahasiswa yang hidup dalam kesusahan,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Kenyataan tersebut dibuat bersama antara Presiden Suara Mahasiswa UTHM, Muhammad Danial Abdul Munir; Timbalan Presiden 1, Ku Muhammad Firdaus Ku Meh; Timbalan Presiden 2, Muhd Syamir Sobri; Setiausaha, Lukman Hakim Daud; dan Penasihatnya, Hafizuddin Hassan.

Sementara itu gabungan tersebut turut mencadangkan beberapa mekanisme pemulangan atau pengurangan yuran kepada mahasiswa.

Antaranya, termasuklah memulangkan kembali kadar jumlah yuran pengajian dan yuran perkhidmatan masing-masing sebanyak 30 peratus.

“Diharap tuntutan ini mendapat sokongan setiap mahasiswa UTHM bagi memenuhi kebajikan sesama rakan kita yang lebih memerlukan di waktu sebegini,” kata mereka lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");