Berita Hari Ini
Like

Majikan perlu lebih masa patuhi akta perumahan pekerja – MEF

November 27, 2020
212 Views
0 Comments
1 minute read
Majikan perlu lebih masa patuhi akta perumahan pekerja – MEF

Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) memohon lebih banyak masa untuk mematuhi Akta Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja (Pindaan) 2019 (Akta 446) yang dikuatkuasakan sepenuhnya oleh Kementerian Sumber Manusia hari ini.

Presiden MEF Datuk Dr Syed Hussain Syed Husman berkata kerajaan perlu mengambil kira keadaan semasa dan tidak menghukum majikan kerana tidak mematuhi akta tersebut

“Dalam mematuhi akta itu, majikan perlu mematuhi hal-hal seperti keperluan ruang dan minimum ketebalan tilam. Sebagai contoh, ruang seluas 1,500 kaki persegi hanya dapat menampung maksimum enam pekerja asing dan kita tahu ramai rakyat Malaysia tinggal di ruang yang jauh lebih kecil daripada ini.

“Majikan yang gagal mematuhi akta ini akan dikenakan denda RM50,000 bagi setiap pekerja asing. 

“Pada masa yang sama, banyak majikan bergantung pada program subsidi gaji dan bantuan kerajaan yang lain untuk bertahan dalam pandemik ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menjelas lanjut, beliau berkata sejak permulaan Covid-19 hingga September tahun ini, lebih 30,000 perniagaan telah ditutup dengan majoriti gagal memulihkan semula operasi setelah ekonomi dibuka secara beransur-ansur pada Jun lepas, dan menambah bahawa pada 24 Nov, kira-kira 100,000 pekerja mendapat faedah pemberhentian pekerja di bawah Sistem Insurans Pekerjaan (EIS)

“Masalah utama yang dihadapi majikan pada masa ini adalah untuk bertahan dan kami berharap kerajaan akan mempertimbangkan rayuan MEF untuk belas ihsan kepada majikan pada masa yang sangat sukar ini,” katanya.

– Bernama

Komen & Pendapat

Comments are closed.