Perak Hari Ini

Majlis Pembangunan Masyarakat Negeri Perak Terima RM219,000

IPOH – Sebanyak RM219,000 hasil sumbangan kerajaan Negeri Perak telah diserahkan kepada Majlis Pembangunan Masyarakat Negeri Perak di Pejabat Exco Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (SUK), pagi tadi.

EXCO Pembangunan Wanita, Keluarga & Kebajikan Masyarakat Negeri Perak Perak, Datuk Dr Wan Norashikin Wan Noordin berkata sumbangan berkenaan akan diberikan kepada lima (5) pertubuhan iaitu Orang Kurang Upaya (OKU) , kebajikan, warga emas, anak yatim dan ibu tunggal.

Katanya, sumbangan berkenaan akan diberikan kepada NGO berkenaan secara one-off.

“Sumbangan berkenaan ada salah satu portfolio Pembangunan Wanita, Keluarga & Kebajikan Masyarakat kerajaan negeri Perak dalam membantu NGO berkenaan bagi menjalankan pelbagai aktiviti.

“Pembahagian ini akan diberikan sama rata sebanyak RM3000 setiap NGO yang telah kita putuskan dalam mesyuarat bebrapa bulan lepas”. katanya dalam satu sidang media.

Beliau berharap sumbangan berkenaan akan digunakan dengan sebaik mungkin oleh NGO berkenaan bagi menjalankan pelbagai bentuk aktiviti dalam menjaga kebajikan dan ahli-ahli persatuan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");