Berita Hari Ini

Mangsa Banjir Di Melaka Berkurangan 471 Orang

MELAKA – Mangsa banjir di Melaka berkurangan kepada 471 orang setakat pukul 8 pagi ini berbanding 496 mangsa, malam tadi.

Bernama melaporkan menurut aplikasi infoBencanaJKM, ia berikutan 25 mangsa daripada empat keluarga yan ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Durian Tunggal di Alor Gajah, telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing,  malam tadi.

PPS SK Durian Tunggal sebelum ini menempatkan 71 mangsa daripada 15 keluarga sehingga 8 malam tadi.

Sementara itu, mangsa banjir di lima PPS lagi masih kekal dengan SK Ayer Molek di Melaka Tengah menempatkan 100 mangsa (29 keluarga).

Di Jasin, jumlah mangsa banjir kekal dengan SK Tehel menempatkan 125 mangsa (30 keluarga), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Shuh Yen melibatkan 61 mangsa (16 keluarga) dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Katil mempunyai 122 mangsa (52 keluarga).

Sebanyak enam PPS masih kekal dibuka di tiga daerah di negeri ini sejak banjir mula melanda Jumaat lalu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");