Perak Hari Ini

Mangsa Banjir Di Perak Meningkat Pagi Ini

IPOH – Mangsa banjir di Perak meningkat kepada 227 orang daripada 81 keluarga pagi ini berbanding 168 penduduk daripada 59 keluarga yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) petang semalam.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Perak berkata setakat pukul 8 pagi tadi, di daerah Larut, Matang dan Selama (LMS) seramai 55 orang dari Kampung Sungai Ara masih berlindung di dewan orang ramai kampung itu manakala 34 lagi ditempatkan di Sekolah Rendah Agama Rakyat Ngah Ibrahim, Matang selepas Kampung Sungai Rentaka dinaiki air.

“Bagi daerah Kerian, 123 orang ditempatkan di PPS di Sekolah Kebangsaan Parit Haji Aman, Bagan Serai yang dibuka 11 pagi semalam selepas rumah mereka dilanda banjir berbanding hanya 61 mangsa berada di PPS itu petang semalam,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mereka merupakan penduduk dari Kampung Tebuk Panchur, Kampung Alor Setanggok, Kampung Tanjung Bugis serta Kampung Parit Air Itam 2 dan 3, Kampung Ban Pisang, Kampung Padang Lalang, Kampung Parit Abu Hassan Ban dan Kampung Parit Ali Kalang yang terjejas akibat banjir.

Selain itu, di daerah Hilir Perak, sebuah PPS yang dibuka di dewan Majlis Perbandaran Teluk Intan, Langkap pada malam Khamis lepas menempatkan 15 mangsa dari Kampung Belakang Kilang Kacang berbanding enam mangsa semalam.

Mangsa banjir di PPS di Dewan Orang Ramai Kampung Sri Kinta, Lahat di sini pula dibenarkan pulang ke rumah masing-masing dan PPS itu telah ditutup pada pukul 6 petang semalam berikutan banjir di kawasan terbabit telah pulih.

— BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");