Berita Hari Ini

Masih ramai ditahan kerana tak patuhi SOP – Ismail Sabri

Seramai 502 individu ditahan polis dalam Operasi Pematuhan semalam kerana melakukan pelbagai kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Dari jumlah itu, 470 individu dikenakan kompaun manakala 32 lagi direman berikutan kegagalan mereka memakai pelitup muka, menjaga penjarakan fizikal, merentas daerah dan negeri tanpa alasan munasabah.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, dalam Operasi Pematuhan juga, polis telah membuat 56,133 pemeriksaan melibatkan 2,749 pasukan dengan 12,228 anggota.

Katanya, antara lokasi pemantauan semalam ialah 3,768 pasar raya; 4,781 restoran; 1,565 penjaja; 1,106 kilang; 3,355 bank dan 545 pejabat kerajaan.

“Juga turut dipantau sebanyak 1,017 terminal pengangkutan darat, 219 terminal pengangkutan air dan 101 terminal pengangkutan udara,” katanya dalam kenyataan kepada media hari ini.

Mengenai Ops Bentang, beliau menyatakan, seramai 38 pendatang asing tanpa izin (PATI) telah ditahan bersama dua tekong dan lapan kenderaan darat dirampas.

Ujar beliau, sebanyak 250 sekatan jalan raya (SJR) dilaksanakan di seluruh negara melibatkan polis, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan AKSEM.

“Kita akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba memasuki sempadan negara secara haram.

“Agensi penguatkuasa akan terus mengetatkan kawalan kawasan sempadan terutama di lorong tikus,” katanya.

Berhubung operasi sanitasi awam, Ismail Sabri berkata, sejak 30 Mac lalu, sebanyak 11,415 operasi sanitasi merangkumi 137 zon telah dilakukan, melibatkan 13,732 premis, 2,798 pusat perniagaan, 1,635 kawasan perumahan termasuk PPR, 6,233 bangunan kerajaan, 2,712 tempat awam dan 354 pasar raya.

Semalam, kata beliau, sebanyak 42 operasi sanitasi meliputi sembilan Zon Merah, lima Zon Jingga, enam Zon Kuning dan tiga Zon Hijau di sembilan negeri telah dilakukan.

Negeri itu ialah Melaka sebanyak 18 operasi, diikuti Sabah (tujuh), Pulau Pinang (empat), Perak (tiga), Negeri Sembilan, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Putrajaya masing-masing dua operasi, manakala Kedah, Terengganu, Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Labuan masing-masing satu operasi.

Kuarantin wajib pula, jelas Ismail Sabri, sejak 24 Julai sehingga semalam, seramai 66,823 indovidu telah pulang ke tanah air melalui pintu masuk sempadan antarabangsa dan semua mereka ditempatkan di 67 hotel serta 21 Institut Latihan Awam (ILA).

“Dari jumlah itu, 9,569 individu sedang menjalani proses kuarantin wajib, manakala 388 telah dihantar ke hospital untuk rawatan dan 56,866 individu telah didiscaj serta dibenarkan pulang,” katanya. – MalaysiaGazette

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");