Berita Hari Ini

Masukkan kedai kopi dalam Pelan Rekalibrasi PATI, gesa pengusaha

Dua persatuan restoran menggesa kerajaan memperluaskan Pelan Rekalibrasi Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) kepada sektor makanan dan minuman.

“Kami merayu kerajaan untuk memasukkan industri perkhidmatan, khasnya sektor F&B kami, dalam pelan rekalibrasi kerana ia merupakan bahagian utama industri perkhidmatan,” kata Presiden Persatuan Pemilik Kedai Kopi Malaysia-Singapura, Ho Su Mong.

“Perniagaan kami teruk terjejas akibat Covid-19 dan jika kami tidak dimasukkan dalam pelan rekalibrasi, industri kami akan lebih terbeban dan ketinggalan – dan sukar untuk kami memulihkan perniagaan dan terus bertahan dalam pandemik ini.ADVERTISING

Beliau mendapati kebanyakan syarikat dalam sektor F&B menyaksikan kemerosotan pendapatan lebih 80% ketika pandemik dan berharap kemasukan sektor itu dalam pelan rekalibrasi dapat membantu mengurangkan kos umum seperti sewa, pembayaran semula pinjaman dan yuran pelesenan.

Minggu lalu, Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengumumkan Pelan Rekalibrasi PATI mula dilaksanakan semalam hingga 20 Jun 2021.

Menteri Dalam Negeri, Hamzah Zainudin dilaporkan berkata, “buat masa ini”, hanya majikan dalam 4 sektor kotor, bahaya dan sukar termasuk dalam skim ini, iaitu pembinaan, perkilangan, perladangan serta pertanian.

“Kami mahu kementerian memasukkan sektor kami secepat mungkin,” kata Presiden Persatuan Pengusaha Restoran India Malaysia, T Muthusamy.

“Disebabkan kami tidak boleh mendapat kelulusan baru, lebih baik kami menggunakan pekerja asing tanpa izin yang sudah berada di sini,” katanya merujuk pembekuan pengambilan pekerja asing baru.

Beliau berharap dapat melihat sedikit saja syarat yang dikenakan ke atas pekerja berpotensi kerana program itu hanya akan berjaya, jika ia mempunyai proses pendaftaran “mudah dan telus”.

Beliau menghargai keputusan KDN tidak menggunakan pihak ke-3 untuk mengawal selia pekerja dan pelan rekalibrasi itu akan menyaksikan akauntabiliti lebih baik dalam pengurusan pekerja asing.

“Anda akan mempunyai jumlah (pekerja asing) dalam setahun dan akauntabiliti sudah ada. Sudah bertahun-tahun tanpa sebarang akauntabiliti. Kini, kita boleh tahu berapa ramai pekerja dalam setiap sektor dan sektor mana yang memerlukan lebih ramai atau kurang pekerja.”

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");