Panasnya Hari Ini

Maszlee Tarik Diri Daripada Pejuang

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Simpang Renggam Dr Maszlee Malik hari ini mengumumkan menarik diri daripada Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang).

Bernama melaporkan beliau yang merupakan Ahli Jawatankuasa Penaja penubuhan parti berkenaan berkata, beliau akan meneruskan usahanya membantu rakyat melalui kapasitinya sebagai Ahli Parlimen Bebas dan ruang aktivisme melalui rangkaian Badan Bukan Kerajaan.

Ini, katanya termasuk membantu mereka yang terkesan dengan COVID-19 dan usaha dalam gerakan perubahan pendidikan.

“Saya percaya perubahan tidak memerlukan kedudukan dan jawatan, tetapi keinginan dan kesempatan,” katanya dalam satu kenyataan.

Pejuang yang diasaskan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai pengerusinya, sehingga kini masih belum diluluskan pendaftarannya oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia.

Mengulas lanjut, Maszlee berkata keputusannya dibuat berdasarkan dapatan fakta melalui kajian lapangan dan tinjauan terperinci terhadap aspirasi dan kehendak rakyat.

“Saya yakin rakyat sudah muak dengan politik percaturan kuasa oleh pihak politikus elitis. Rakyat mahukan ahli politik yang fokus berkhidmat dan benar-benar menyelesaikan masalah yang rakyat hadapi sekarang,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");