Perak Hari Ini

MB Perak Arah Semua Lokasi Batu Kapur Diawasi

IPOH – Kerajaan Perak mengarahkan supaya kerja-kerja pemantauan ke atas semua cerun batu kapur berisiko dipertingkatkan serta merta berikutan kejadian tanah runtuh di Tambun baru-baru ini.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, kerajaan negeri telah menerima taklimat daripada Jabatan Mineral dan Geosains JMG), pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Perak serta Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) berkenaan langkah-langkah keselamatan yang telah diambil di lokasi kejadian.

“Saya telah mengarahkan kesemua pihak yang terlibat memantau kawasan peranginan dan penrumahan berhampiran dengan bukit batu kapur di sekitar Perak segara diawasi.

“Kita tidak mahu kejadian seperti ini berulang kambali berikutan fenomena hujan lebat menjadikan penyumbang utama kepada jatuhan batuan dan juga kejadian tanah runtuh”. katanya dalam satu sidang media.

Pada masa sama, beliau berkata, JMG juga telah mengenalpasti aliran air yang masih aktif di sepanjang muka cerun yang keluar melalui rekahan, manakala sebahagian batu kapur di lokasi kejadian telah mengalami kadar luluhawa yang tinggi dan memudahkan berlaku jatuhan batuan.

“Kita telah arahkan pihak pengurusan pusat peranginan berkenaan juga telah diarah untuk menutup sementara operasi sehingga arahan lanjut daripada pihak berkuasa.

“Kesemua tetamu yang menginap di situ juga telah dipindahkan di atas faktor keselamatan”. katanya

Terdahulu, beliau bersama Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengankutan Awam, Datuk Zollkafly Harun dan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan ,Dato Norlee Ashilin Mohamad Radzi telah meninjau lokasi berkenaan bersama beberapa agensi dan jabatan-jabatan yang terlibat dalam kejadian berkenaan

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");