Perak Hari Ini

MB Perak Minta Pembinaan Semula Jambatan Kampung Teras Ijok Disegerakan

IPOH – Kelewatan kerja-kerja bagi pembinaan semula jambatan di Kampung Teras, Ijok dekat Selama yang runtuh pada Julai 2019 disebabkan perubahan reka bentuk.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata kelulusan bagi menaiktaraf jambatan tersebut telah diluluskan pada Ogos tahun lalu dengan peruntukan sebanyak RM645,000.

“Walau bagaimanapun, saya berpandangan bahawa proses perubahan reka bentuk mengambil masa yang begitu lama iaitu melebihi 10 bulan adalah tidak dapat diterima.

“Keselamatan orang ramai tidak boleh dikompromi dan dilengah-lengahkan.

“Sehubungan itu, saya telah mengarahkan Jabatan Kerja Raya agar projek ini disegerakan dan akan dipantau secara rapat oleh Pejabat Menteri Besar,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Selain itu beliau menegaskan agar semua jabatan dan agensi kerajaan negeri dapat  mempertingkatkan kecekapan kepada rakyat.

“Saya ingin menegaskan kepada semua jabatan dan agensi negeri untuk meningkatkan tahap kecekapan sistem penyampaian kepada rakyat.

“Pentadbiran ini tidak akan berkompromi dengan ketidakcekapan dalam menjalankan amanah kepada rakyat,” tegas beliau.

Baru-baru ini sebuah akhbar melaporkan sekumpulan pelajar dari kampung tersebut terpaksa bergadai nyawa setiap hari apabila terpaksa melalui jambatan yang telah runtuh untuk pergi dan pulang dari sekolah.

Turut dilaporkan jambatan tersebut yang runtuh lebih setahun itu dipercayai akibat dilalui jentera berat syarikat kontraktor baik pulih kabel elektrik.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");