Berita Hari Ini

Mior Faridalathrash Ketua Polis Perak Yang Baharu

KUALA LUMPUR, 20 Nov — Timbalan Pengarah Siasatan/Perundangan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Mior Faridalathrash Wahid antara sembilan pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang terlibat dalam pertukaran jawatan berkuat kuasa, pada 21 Dis depan.

Ketua Komunikasi Korporat PDRM Datuk Asmawati Ahmad dalam kenyataan memaklumkan Mior Faridalathrash dilantik sebagai Ketua Polis Perak yang baharu dengan memangku pangkat Komisioner Polis (CP).

Pertukaran lain antaranya melibatkan Ketua Cawangan Khas Perak Datuk Mazlan Santarai dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Perak dengan memangku pangkat Deputi Komisioner Polis (DCP).

Ketua Penolong Pengarah Kepolisan Komuniti, Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman Datuk Dr Mustafa Khan Abdul Samat dilantik sebagai Timbalan Pengarah (Perancangan Strategik) JPJKK Bukit Aman dengan memangku pangkat DCP.

Selain itu, Ketua Penolong Pengarah (Siasatan Jenayah Korporat/Kewangan) Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman Datuk S. Sasikala Devi dilantik sebagai Timbalan Pengarah (Siasatan) JSJK Bukit Aman.

–BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");