Berita Hari Ini

Moratorium Pinjaman Bank Untuk Bantu Rakyat Terjejas Pendapatan Akibat COVID-19.

KUALA LUMPUR: Bantuan moratorium pinjaman bank disediakan kepada kumpulan B40, M40 dan golongan peniaga kecil yang terjejas berikutan pendapatan berkurang susulan penularan COVID-19.

BH Online melaporkan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, berkata bagi rakyat yang tidak tergolong dalam tiga segmen itu, mereka masih boleh mendapatkan moratorium dengan memohon kepada pihak bank masing-masing.

“Prinsip utama di sini adalah tanggungjawab dan keadilan. Adakah adil mereka yang kaya dan lebih dari mampu untuk membayar hutang diberikan moratorium.

“Bukankah lebih baik mereka membayar hutang supaya duit ini masuk ke sistem perbankan untuk menjana lebih banyak pinjaman khususnya kepada perniagaan dan industri yang menampung serta mencipta pekerjaan untuk rakyat.

“Inilah antara sebabnya mereka yang mampu, wajar membayar balik pinjaman mereka,” katanya ketika menggulung Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2021 peringkat dasar bagi kementeriannya di Dewan Rakyat, hari ini.

Zafrul berkata, selepas tamatnya moratorium automatik, Bank Negara Malaysia (BNM) bersama institusi perbankan melanjutkan program moratorium dan bantuan bayaran balik pinjaman bermula Oktober lalu dengan lebih 700,000 permohonan diterima.

“Daripada jumlah itu, 98 peratus peminjam menerima bantuan moratorium. Dalam Belanjawan 2021, bantuan ini ditambah baik lagi sekali kepada golongan B40, perusahaan kecil sederhana (PKS) mikro dan M40,” katanya.

Sehubungan itu, katanya kerajaan komited untuk terus mengadakan libat urus bersama institusi perbankan bagi memastikan ketersediaan membantu rakyat dan perniagaan sekiranya keadaan bertambah mencabar.

“Menurut Bank Negara, pada Oktober lalu, sekitar 85 peratus peminjam bank menyambung semula bayaran balik pinjaman mereka. Namun, kerajaan sedar masih ada kebimbangan membiayai hutang disebabkan penularan wabak COVID-19,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");