Berita Hari Ini

MP, petugas Parlimen perlu buat ujian saringan setiap 2 minggu

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah memberikan beberapa nasihat kepada ahli Parlimen yang kini menghidari sidang Dewan Rakyat untuk mengelakkan penularan wabak Covid-19 di sana.

Ia selepas enam kes positif dikesan melibatkan individu yang bertugas di sana, seperti yang dilaporkan pada 2 November lalu.

Nasihat itu disampaikan Speaker Dewan Rakyat, Azhar Azizan Harun dalam kenyataan hari ini.

“Semalam, saya berkesempatan menghubungi Ketua Pengarah Kesihatan dan beliau telah menyampaikan beberapa nasihat berikut,” menurut kenyataan itu yan dibacakan oleh Timbalan Speaker Azalina Othman Said ketika pembukaan sidang hari ini.

Antara nasihat itu ialah ahli Parlimen dan para petugas di Parlimen perlu menjalani ujian saringan setiap dua minggu.

“Untuk tujuan ini, pihak pentadbiran Parlimen akan mengeluarkan notis pemberitahuan dari semasa ke semasa,” menurut kenyataan itu.

Selain itu, ahli Parlimen juga dinasihatkan agar tidak lagi mengadakan majlis jamuan atau mesyuarat melibatkan jumlah yang ramai dan jika ia perlu dilakukan, mereka perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) secara ketat.

Mereka juga perlu mengehadkan pergerakan sepanjang tempoh persidangan atau menghadiri majlis keramaian dan tempat yang sesak.

“Jika ada kes positif di kompleks Parlimen, Kementerian Kesihatan akan membuat penilaian terhadap SOP.

“Perlu diingatkan bahawa apa-apa jangkitan di Parlimen mungkin akan menyebabkan bangunan Parlimen ditutup sekiranya didapati perlu berbuat demikian,” kata kenyataan itu lagi.

Enam individu yang bertugas di Parlimen yang didapati positif pada 2 November lalu ialah petugas media, pembantu senator dan empat anggota polis bantuan.

Seramai 12 kontak rapat juga telah dikenal pasti dan diarahkan menjalani kuarantin.

Susulan itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Takiyuddin Hassan membawa usul agar sidang Dewan Rakyat pada minggu ini – yang biasanya berakhir pada jam lima petang – ditamatkan lebih awal iaitu pada jam satu tengah hari.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");