Perak Hari Ini

MPM Hasilkan Singki Serba Guna Mudah Alih

MANJUNG – Majlis Perbandaran Manjung (MPM) ambil inisiatif menghasilkan singki serba guna mudah alih dalam usaha mendidik orang ramai menjaga kebersihan bagi mencegah penularan COVID-19.

Yang Dipertuanya, Syamsul Hazeman Md Salleh, berkata inovasi itu adalah hasil cetusan idea Unit Landskap dengan kerjasama Jabatan Kejuruteraan dan Penyelenggaraan MPM.

Beliau berkata, reka cipta meliputi pemijak cecair pencuci tangan itu dihasilkan lima kakitangan dalam masa tiga jam menggunakan tong dram terpakai, singki, kepala paip dan paip polyvinyl chloride (PVC).

“Inisiatif ini bertujuan membantu dan menggalakkan orang ramai menjaga kebersihan ketika berada di tempat awam ketika negara berdepan pandemik COVID-19.

“Ia juga memudahkan orang ramai kerana tidak perlu menyentuh botol sabun ketika membasuh tangan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Setakat ini, katanya, 10 unit inovasi itu sudah disiap dan ditempatkan di enam pasar awam, Jeti Pangkor serta Lumut, Stesen Bas Seri Manjung dan pejabat MPM

-Berita Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");