Membawang Hari Ini

Pakai Jubah Ahli Lembaga Pengarah UiTM, Rizalman Ibrahim ‘Throwback’ Zaman Konvo – “Tak Berubah, Makin Segak”

Pereka fesyen tersohor Datuk Rizalman Ibrahim mengimbau momen graduasi sewaktu majlis konvokesyen apabila memakai jubah Ahli Lembaga Pengarah Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Menerusi laman sosial Instagram (IG), Rizalman memuat naik sekeping foto perbandingan dirinya yang bergraduasi semasa tahun 1993 dengan dirinya sebagai Ahli Lembaga Pengarah pada tahun ini.

“27 tahun kemudian… #uitmdihatiku,” tulis Rizalman sebagai kapsyen. 

Menerusi IG story juga, Rizalman berkongsi beberapa keping foto dan video proses fotoshot rasmi di rumahnya mengenakan jubah dan lilitan songkok yang dikhaskan untuk jawatan tertinggi itu. 
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata wargamaya memberikan pujian pada penampilan dan wajah Rizalman yang tidak dimakan usia. 

Malah, ramai yang tidak sabar untuk menyaksikan perubahan-perubahan positif yang bakal disuntik oleh Rizalman ke dalam institusi pengajian tinggi tersebut. 

Vampire ke ni muka tak berubah,” usik seorang wargamaya.

Segaknya datuk. Tahun 1993 tu saya baru lahir. Alhamdulillah datuk masih sihat,” puji seorang wargamaya.

This is epic datuk! We are proud UiTM alumni,” komen seorang wargamaya.

Harapnya datuk boleh bawa perubahan positif kepada UiTM tanpa mengabaikan matlamat sebenar penubuhan UiTM/ITM ni,” sokong seorang wargamaya.

Dulu dah segak, sekarang makin segak. Tak berubah langsung muka datuk,” ujar seorang wargamaya.

Segak sangat. Rezeki Allah beri. 2020 bertambah segak dengan anugerah jawatan yang penuh dengan amanah dan tanggungjawab untuk anak bangsa,” luah seorang wargamaya lagi.

Sehingga kini, foto perbandingan tersebut telah menerima hampir 60,000 tanda suka daripada pengikutnya. 

Pertengahan Oktober lalu, anak kelahiran Pulau Pinang ini mencatatkan kejayaan manis apabila dilantik oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia sebagai Ahli Lembaga Pengarah Universiti Teknologi Mara (UiTM).-Gempak

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");