Berita Hari Ini

Parlimen Gerik, DUN Bugaya: Pengisytiharaan Darurat Bergantung Penilaian Risiko MKN, KKM – Takiyuddin

KUALA LUMPUR, 24 Nov — Pengisytiharaan darurat sepertimana dilaksana di Parlimen Batu Sapi akan dipertimbang di Parlimen Gerik dan Dewan Undangan Negeri Bugaya yang bakal berhadapan Pilihan Raya Kecil (PRK) selepas kedua-dua wakil rakyatnya meninggal dunia, Dewan Rakyat dimaklumkan hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Datuk Takiyuddin Hassan berkata bagaimanapun ia bergantung kepada penilaian risiko oleh Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Beliau berkata bagi Batu Sapi, Jemaah Menteri membuat keputusan untuk meminta Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menasihatkan Yang di-Pertuan Agong supaya darurat diisytiharkan berpandukan Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan, selepas melihat kepada situasi COVID-19 di negeri berkenaan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");