Perak Hari Ini
Like

Parti PUTRA Bakal Letak Calon PRK Gerik

November 29, 2020
197 Views
0 Comments
1 minute read
Parti PUTRA Bakal Letak Calon PRK Gerik

IPOH – Parti Bumiputra Perkasa Malaysia (PUTRA) berkemungkinan meletakkan calon untuk pertama kali bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Gerik pada Januari tahun depan.

Naib Presidennya, Datuk Hamidah Osman berkata, walaubagaimanapun pihaknya akan memikirkan kebaikan serta keburukan peletakan calon berkenaan dengan parti pusat sebelum membuat keputusan akhir.

“Setakat ini, kita belum membuat keputusan muktamad samada akan bertanding atau tidak tetapi mungkin boleh difikirkanlah bagi PUTRA akan bertanding.

“Kalau diikutkan, Gerik bukan salah satu kerusi pilihan PUTRA tetapi memandangkan PRK ini adalah peluang pertama untuk parti Putra mengambil bahagian dalam PRK bakal datang”, katanya dalam satu sidang media

Terdahulu, beliau menyampaikan bantuan kepada mangsa yang terjejas ekoran banjir di sekitar Kampung Cempaka Sari, Kampung Sri Kinta dan Kampung Kuala Pari di Dewan Komuniti Kg. Cempaka Sari, Ipoh.

Pada masa sama, Hamidah Osman berkata, pemilihan calon bagi kerusi berkenaan adalah dari kawasan berkenaan dimana mereka lebih arif dan mahir di kawasan itu.

Terdahulu, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau berharap Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan PAS akan memberi laluan kepada UMNO untuk meletakkan calonnya dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Gerik yang ditetapkan pada Januari tahun depan.

Komen & Pendapat

Comments are closed.