Perak Hari Ini

Pekak Dan Bisu Tak Jadi Halangan

IPOH – Kekurangan yang dimiliki diri sama sekali tidak dijadikan alasan buat dua sahabat untuk berusaha mencari rezeki dalam meneruskan kelangsungan hidup.

Bagi pengusaha Frie Burger, Ahmad Sabri Isa Abas, 33 dan dua rakan kerjanya iaitu, Amir Ikram Mohamed, 26 dan Amirul Helmi Meor Radzuan, 28 yang juga merupakan orang kelainan upaya (OKU) pekak dan bisu, mereka mahu dilihat seperti insan lain yang bekerja keras demi sesuap nasi dengan memilih untuk membuka gerai menjual burger.

Temubual bersama Ahmad dilakukan di gerai burger mereka dan mereka menceritakan bahawa dirinya sama seperti orang lain yang pernah mengalami jatuh bangun dalam kehidupan sebelum ini.

“Saya berniaga ini memang hendak cari rezeki semata-mata tidak kisah samada susah atau tidak dan saya buat semua ini untuk diri masing-masing.

“Walaupun sedar diri ini serba kekurangan namun ia bukan lah satu alasan, perlu cari rezeki yang halal dan buktikan pada orang lain saya juga boleh cemerlang.

“Saya pegang kata ini ‘nak seribu daya, tak nak seribu dalih,” ujarnya.

perniagaan yang mereka lakukan itu tanpa dibantu sesiapa dan sebagai alternatif sebuah buku serta pen diletakkan di sebelah menu bagi memudahkan pelanggan membuat pesanan burger.

Dalam masa itu, turut dilihat tertera perkataan ‘Kami Adalah Usahawan OKU Pekak’ di gerai mereka supaya pelanggan yang datang dapat berkomunikasi dalam bahasa isyarat atau pun menulis pesanan

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");