Perak Hari Ini

Pelajar Sekolah Rendah Lemas Ketika Mandi Di Tali Air Di Tanjung Piandang

PARIT BUNTAR – Seorang pelajar perempuan sekolah rendah di sini, ditemui lemas ketika mandi di dalam parit tali air Sungai Betul Bawah, Tanjung Piandang dekat sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kerian Supt Mazuki Mat berkata mangsa Nur Farah Dania Abd Rahman, 12, yang merupakan pelajar Sekolah Kebangsaan Tanjung Piandang ditemui lemas pada pukul 6.30 petang oleh seorang pemancing.

Beliau berkata dalam kejadian itu mangsa bersama-sama tujuh lagi rakannya dikatakan bermandi-manda di lokasi berkenaan pada pukul 5.30 petang sebelum dua daripadanya hampir lemas.

“Pemancing yang melihat kejadian itu segera terjun ke dalam tali air untuk menyelamatkan mangsa. Bagaimanapun hanya seorang berjaya diselamatkan dan seorang lagi gagal ditemui.

“Pemancing kemudian meminta pertolongan orang kampung untuk mencari mangsa di lokasi kejadian sebelum mangsa ditemui kira-kira 6.30 petang,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mazuki berkata mangsa dibawa ke Klinik Kesihatan Tanjung Piandang dan petugas klinik memberi bantuan pernafasan kepada mangsa selama 30 minit sebelum murid itu disahkan meninggal dunia.

Katanya, pemeriksaan ke atas badan mangsa tidak menemukan tiada unsur jenayah dan hasil bedah siasat mengesahkan punca kematian, disebabkan lemas.

— BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");