Perak Hari Ini

Pemergian Hasbullah Kehilangan Besar Buat Negeri, Parlimen Gerik – MB Perak

IPOH – Kerajaan Perak mengucapkan takziah kepada keluarga Ahli Parlimen Gerik, Datuk Hasbullah Osman meninggal dunia akibat serangan jantung di Pahang hari ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata beliau berharap keluarga Allahyarham tabah menghadapi ujian itu.

Ahmad Faizal turut menyifatkan pemergian Allahyarham sebagai satu berita yang mengejutkan dan kehilangan besar buat rakyat di negeri serta Parlimen Gerik khususnya.

“Sesungguhnya Allahyarham Datuk Hasbullah akan sentiasa dikenang sebagai pemimpin yang sangat banyak berjasa kepada rakyat di kawasan Gerik sepanjang khidmat beliau sebagai ADUN Temenggor dan Ketua UMNO Bahagian, seterusnya sebagai Ahli Parlimen Gerik.

“Kita doakan semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas rohnya dan dikumpulkan bersama hambaNya yang beriman dan beramal soleh serta dikurniakan sebaik-baik ganjaran syurga,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Hasbullah yang juga ketua Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) meninggal dunia di sebuah hospital di Raub, Pahang.

Hasbullah memegang jawatan Ketua UMNO Bahagian Gerik merupakan ahli Parlimen sejak tahun 2013 sehingga kini.

Sebelum itu, pada tahun 2008 Allahyarham pernah menjadi ADUN Temenggor dan beliau juga Timbalan Pengerusi UMNO Perak.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu, Allahyarham memperoleh 13,243 undi menewaskan pencabarnya, Mohd Dahalan Ismail dari PAS dan Ibrahim Mohd Hanafiah dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");