Panasnya Hari Ini

Pemuda AMANAH saran 30 peratus gaji menteri, timbalan dipotong

Pemuda AMANAH Nasional mengingatkan kerajaan perlu melakukan inisiatif termasuk memotong 30 peratus pendapatan bulanan menteri dan timbalan menteri bagi membantu rakyat terjejas akibat pandemik Covid-19.

Ketuanya, Shazni Munir Mohd Ithnin berkata, rakyat perit untuk membayar bil utiliti, sewa dan pelbagai hutang akibat Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Menurutnya, pengumunan dasar kerajaan dalam menangani Covid-19 yang dilakukan secara mengejut pada saat-saat akhir memberi kesan kepada keyakinan rakyat terhadap masa depan mereka.

“Jangkaan kasar pendapatan bulanan Perdana Menteri sebanyak RM104,841.65 dan sebanyak 30 peratus daripada jumlah ini boleh dipotong untuk disalurkan ke tabung bantuan Covid-19,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");