Berita Hari Ini

Pemuda rebah disebat

Seorang pemuda rebah selepas disebat hampir 150 kali atas kesalahan merogol seorang kanak-kanak di bandar Idi, di timur Aceh.

Lelaki berusia 19 tahun itu menangis dan mengerang kesakitan sebaik disebat di belakang badan dengan rotan.

Beliau turut merayu supaya hukuman diberhentikan bagi mendapatkan rawatan doktor sebelum sebatan diteruskan.ADVERTISING

Awal tahun ini, beliau ditahan atas tuduhan mencabul dan merogol seorang mangsa, yang umurnya tidak didedahkan.

Beliau dikenakan 146 sebat, antara hukuman tertinggi bagi kesalahan serius.

Jurucakap pihak pendakwaan, Ivan Nanjjar Alavi, berkata hukuman maksimum adalah bertujuan untuk mencegah.

Sementara itu, dua lelaki masing-masing berusia 40 tahun dan 21 tahun disebat 100 kali kerana melakukan persetubuhan dengan pasangan bawah umur.

Hukuman sebat di khalayak ramai di Aceh sering mendapat kritikan daripada kumpulan hak asasi dan mampu menarik ribuan penonton, walaupun angka semakin itu semakin menurun berikutan pandemik COVID-19.

Aceh membenarkan hukuman sebat bagi pelbagai kesalahan, termasuk judi, zina, meminum arak, hubungan homoseksual dan persetubuhan luar nikah.

Bagaimanapun, kebanyakan penduduk daerah menyokong pelaksanaannya. – AGENSI

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");