Perak Hari Ini

Perak Peruntukan RM220,000 Bagi Program Subsidi Ujian HPV DNA Fasa Kedua

IPOH – Kerajaan Perak menyalurkan peruntukan sebanyak RM220,000 kepada Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Perak bagi Program Subsidi Mamogram dan Saringan Kanser Serviks (Ujian HPV DNA) fasa kedua.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat Perak, Datuk Dr Wan Norashikin Wan Noordin berkata, pada fasa pertama kerajaan negeri telah memperuntukkan sebanyak RM230,00.

Katanya bagi kedua-dua fasa dalam inisiatif tersebut ianya memberi manfaat kepada 1,000 wanita di Perak yang kurang berkemampuan melakukan Ujian HPV DNA

Ujarnya lagi peruntukan tambahan itu turut bertujuan menggalakkan lebih ramai golongan tersebut menjalani ujian tersebut bagi mencegah kanser payudara dan kanser serviks.

“Insyallah jika mungkin, kita akan meneruskan inisiatif ini pada fasa ketiga pada tahun hadapan.

“Antara kriteria bagi mana-mana yang berminat untuk menyertai program ini, mereka haruslah warga tempatan selain merupakan golongan B40.

“Selain itu mereka yang mempunyai simptom ataupun berisiko untuk menghidapi penyakit itu susulan mempunyai sejarah penyakit dalam kalangan keluarga, turut boleh menyertai,” katanya.

Tambahnya lagi mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut berkenaan program, boleh terus mendapatkan penerangan ataupun berdaftar di enam Klinik Nur Sejahtera LPPKN Perak iaitu di sini, Kuala Kangsar, Parit Buntar, Taiping, Tanjung Malim dan Seri Manjung.

Selain itu katanya sebanyak tiga hospital panel di sini dan satu di Teluk Intan turut dijadikan sebagai hospital panel untuk rawatan tersebut.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Sambutan Bulan Keluarga Kebangsaan Peringkat Negeri di Klinik Nur Sejahtera di sini, pada Khamis yang turut dihadiri, Pengarah LPPKN Perak, Nur Farhana Lee Mohd Zulkifli Lee.

Pada program sama, Wan Norashikin turut menyampaikan sumbangan 200 Bakul Kasih Keluarga pada lapan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGOS) untuk diagihkan kepada golongan yang terjejas akibat pandemik COVID-19 dan bencana banjir.

Antara penerimanya adalah Hidayah Center Foundation Perak, Pertubuhan Kebajikan Muaalaf India SeMalaysia, Persatuan Cina Muslim Malaysia Cawangan Ipoh, Malaysia Punjabi Muslim Association Perak, Kelab Rekreasi Wanita Muda Prohatin Ipoh Timur Perak, Pertubuhan Nadi Masyarakat Perak, Pertubuhan Belia 4B Ipoh serta Pertubuhan Wanita Jiwa Kental Kampung Gajah.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");