Perak Hari Ini

Perak Salur RM50,000 Kepada Setiap Pusat Khidmat DUN, Bantu Rakyat Terjejas Banjir, PKPB Dan PKPD

faizal azumu peja

IPOH – Kerajaan Perak akan menyalurkan bantuan bencana tunai sebanyak RM50,000 kepada semua 59 Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) termasuk 24 Pusat Khidmat DUN Pembangkang.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, peruntukan itu bertujuan untuk disalurkan kepada rakyat yang terjejas akibat banjir serta pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh negeri dan Perintah Kawalan Pergerakan Dipertingkatkan (PKPD) di kawasan-kawasan tertentu.

Katanya bantuan di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Negeri Perak Fasa ke-4 itu memperuntukkan sebanyak RM2.95 juta secara keseluruhan.

“Sumbangan ini adalah sebagai tanda keprihatinan pentadbiran kerajaan negeri kepada semua golongan sasar yang memerlukan pembelaan tanpa mengira kaum, agama dan fahaman politik bagi meringankan beban mereka dalam mengharungi tempoh yang mencabar ini,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Justeru Ahmad Faizal berharap agar agihan RM50,000 di setiap Pusat Khidmat DUN itu dapat dilaksanakan secara telus agar sampai kepada golongan sasar tanpa mengira perbezaan politik.

“Pentadbiran ini juga berharap supaya setiap Pusat Khidmat DUN mematuhi Operasi Prosedur Standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan Malaysia dalam menjalankan urusan agihan bantuan ini.

“Ia bagi mengekang gelombang ketiga penularan pandemik COVID-19 ini. Bersama-samalah kita putuskan rantaian penularan wabak tersebut,” katanya lagi. Tambah beliau, sebelum ini Perak telah menyalurkan sumbangan berjumlah RM80,000 kepada semua Pusat Khidmat DUN yang dibayar secara empat kali sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac sehingga Mei lalu bagi disalurkan kepada rakyat yang terjejas

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");