Perak Hari Ini

PKN Nafi Dakwaan Pemuda DAP Perak

IPOH – Penggerak Komuniti Negara (PKN) membuat laporan polis dan menafikan tuduhan dibuat Sayap Pemuda DAP (DAPSY) Perak berhubung dakwaan penyaluran dana berjumlah RM8.6 juta kepada 11 individu dalam organisasi tersebut.

Setiausaha PKN Perak, Sharifah Hazlina Syed Musa Jamalullail berkata PKN adalah sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang bergerak secara sukarela tanpa menerima sebarang peruntukan.

Katanya, PKN telah bergiat aktif sejak November 2018 sebaik sahaja pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada ketika itu selesai.

Jelasnya fokus utama NGO tersebut adalah bagi memberi ruang kepada ahli-ahli PKR ketika itu untuk bergiat aktif dalam komuniti setempat walaupun kalah dalam pemilihan parti.

“Nama-nama mereka yang dikaitkan itu merupakan jawatankuasa dalam Pertubuhan Penggerak Dasar Komuniti Negara Malaysia (PKN).

“Ia di mana wakil daripada tujuh negeri perlu ada dalam pendaftaran pertubuhan di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS), sebagai salah satu syarat.

“Tuduhan rambang begini telah menjejaskan reputasi serta kredibiliti Pengerusi setiap negeri yang nama mereka turut dikaitkan kerana terlibat sebagai Ahli Jawatankuasa PKN Pusat,” katanya dalam satu kenyataan.

Selain itu Sharifah Hazlina berkata Ketua Pembangkang Dewan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga dilihat menyalah tafsir PeKT (Penggerak Komuniti Tempatan) dengan PKN.

Jelas beliau, PeKT merupakan inisiatif Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sebagai sebuah mekanisme yang memberikan fokus kepada perlaksanaan Dasar Komuniti Negara dalam memperkasakan dan memperdayakan komuniti melalui program-program yang dicadangkan oleh PeKT mengikut kesesuaian demografi sesuatu kawasan dan komuniti setempat.

“Perancangan Perbelanjaan berdasarkan 261 Komuniti sebanyak RM2,000 selama 12 bulan merupakan peruntukan perbelanjaan ke atas program-program yang dicadangkan oleh PeKT yang memberi manfaat kepada komuniti setempat.

“Adalah tidak wajar tuduhan melulu dibuat tanpa usul periksa sedangkan perbelanjaan ini telah mendapat justifikasi diantara PeKT dan Sekretariat Muafakat Komuniti (SMK) setiap Negeri,” katanya.

Tambahnya lagi, pihak pembangkang dilihat tidak menyiasat hal yang sebenar sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan selain menyifatkan ia lebih kepada serangan peribadi terhadap pemimpin tertentu.

Pada Khamis, Ketua DAPSY Perak, Steven Chaw telah membuat laporan polis berhubung dakwaan peruntukan RM 8.6 juta dalam Belanjawan 2021 terhadap PKN menerusi 11 ahli jawatankuasanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");