Perak Hari Ini

PKPB Mukim Parit Buntar: Perak Akan Bekalkan PPE Kepada Petugas Barisan Hadapan

IPOH – Kerajaan Perak akan membekalkan sejumlah set Peralatan Perlindungan Diri (PPE) kepada petugas barisan hadapan di Mukim Parit Buntar susulan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang akan bermula esok.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Perak, Ahmad Saidi Mohamad Daud berkata kerajaan negeri dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) turut akan menghantar beberapa petugas kesihatan ke kawasan terbabit bagi memberi penerangan berhubung pengurusan PPE secara betul.

“Kita akan memberi penerangan kepada petugas barisan hadapan di sana berkenaan cara menguruskan termasuk melupuskan PPE yang betul.

“Ini ia menjadi salah satu masalah terkini di seluruh dunia ekoran ada pihak tidak bertanggungjawab yang melupuskan PPE secara salah. Dan di Perak kita telah menjalankan kerjasama dengan JKN untuk memastikan ia tidak berlaku di sini.

“Dengan pengurusan yang betul, kita dapat memaksimum kan penggunaan PPE dan meminimumkan risiko jangkitan COVID-19 dan panik terhadap masyarakat,” katanya ketika ditemui pemberita di sini, hari ini.

Katanya lagi, kerajaan negeri turut akan membekalkan barangan seperti sabun pencuci tangan, cecair pembasmi kuman serta pelitup mula kepada ahli keluarga terdekat petugas barisan hadapan yang terlibat.

Semalam Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan perlaksanaan PKPB di tiga mukim masing-masing di Perak, Terengganu dan Negeri Sembilan bermula esok sehingga 20 November.

Perlaksanaan PKPB di Mukim Parit Buntar yang membabitkan 45,359 penduduk dengan 7,847 unit rumah itu susulan peningkatan kes COVID-19.

Mengulas lanjut, Ahmad Saidi berkata pihaknya akan melihat keperluan berhubung cadangan penambahan kakitangan Kementerian Kesihatan (KKM) di mukim terbabit sepanjang tempoh PKPB itu.

Dalam pada itu beliau memberi jaminan kerajaan negeri akan memastikan aspek seperti keselamatan, bekalan makanan dan kesihatan di Mukim Parit Buntar akan terjamin.

“Rakyat di situ diminta untuk tidak panik dan sentiasa mematuhi segala arahan yang dikeluarkan KKM dan Majlis Keselamatan Negara (MKN). Teruslah mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

“Dalam usaha kita hendak memutuskan rantaian COVID-19 ini ia memerlukan kerjasama semua pihak. Selain itu rakyat diminta untuk tidak menyebarkan sebarang maklumat yang belum dipastikan bagi mengelakkan suasana yang tidak menyenangkan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");