Perak Hari Ini

PKPB: Perak Hadkan Jumlah Pengunjung, Waktu Operasi Rumah Ibadat Bukan Islam

faizal azumu peja

IPOH – Kerajaan Perak menghadkan jumlah pengunjung dan waktu operasi bagi semua rumah ibadat bukan Islam pada sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di negeri ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata hanya maksimum 30 orang sahaja dibenarkan berada dalam rumah ibadat tersebut pada satu-satu masa.

Namun jelasnya ia tertakluk kepada keluasan rumah ibadat dengan semua yang berada di situ diwajibkan mematuhi penjarakan fizikal 1 meter.

“Waktu beroperasi rumah ibadat adalah antara jam 7.00 pagi hingga jam 10.00 malam,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Jelas Ahmad Faizal, kesemua aktiviti keagamaan rumah ibadat bukan Islam dibenarkan mengikut garis panduan dan had kehadiran oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Aktiviti di rumah ibadat bukan Islam ini mestilah mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) Pembukaan Rumah Ibadat yang telah ditetapkan (MKN),” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");