Perak Hari Ini

PKPD: 4 SJR Di Taman Meru 2C

IPOH – Sebanyak empat sekatan jalan raya (SJR) dilaksanakan di Zon B dan Zon C, Taman Meru 2C di sini berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang dilaksanakan bermula tengah malam tadi bagi mengekang pergerakan 2,168 penduduk yang membabitkan 572 buah rumah.

SJR itu diadakan di Laluan Persiaran Taman Meru 28, Persiaran Taman Meru 30, Persiaran Taman Meru 1 serta Persiaran Meru 14 yang juga merupakan laluan utama keluar dan masuk bagi dua lokaliti tersebut.

{“uid”:”BA89BC46-CB43-4BF2-90BE-3A2C229B430C_1605839602201″,”source”:”other”,”origin”:”gallery”}

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz, berkata seramai 162 anggota unit beruniform yang terdiri daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) dan Angkatan Pertahanan Awam (APM) terbabit dalam penugasan di situ.

“Kesemua laluan tikus termasuk laluan di sungai berhampiran telah ditutup dengan dipasangkan kawat berduri.

“Selain anggota unit beruniform melakukan kawalan dan rondaan secara giliran, Kawasan Rukun Tetangga ( KRT) di sini juga aktif membantu menjadi mata dan teliga pihak kita untuk memantau keadaan.

“Bagi jalan raya utama kita turut meletakkan penghadang konkrit bagi mengawal keluar masuk kenderaan,” katanya ketika ditemui selepa melakukan tinjauan hari pertama PKPD di Taman Meru 2C di sini, hari ini.

Tambahnya PDRM juga menggerakkan pasukan unit Kereta Peronda Polis (MPV) dan rondaan secara berjalan kaki dalam dan luar kawasan bagi meningkatkan tahap keselamatan kawasan.

Malah katanya setiap lorong kawasan kejiranan di Zon B dan Zon C terbabit masing-masing dilantik seorang ketua bertujuan memudahkan urusan penyaluran maklumat ataupun bantuan daripada penduduk kepada pihak berkuasa yang bertugas.

“Kesemua penduduk tidak dibenarkan untuk keluar dari rumah kecuali atas urusan kecemasan yang memerlukan rawatan di hospital selain perlu mendapatkan pengesahan kebenaran daripada pihak polis,” jelas beliau.

{“uid”:”BA89BC46-CB43-4BF2-90BE-3A2C229B430C_1605840716831″,”source”:”other”,”origin”:”gallery”}

Tambah Asmadi, selain bantuan penyediaan bekalan keperluan asas oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), katanya sebuah klinik bergerak turut disediakan Pejabat Kesihatan Daerah di dalam lokaliti terbabit bagi memudahkan urusan penduduk mendapatkan rawatan kesihatan yang tidak berkaitan dengan COVID-19.

{“uid”:”BA89BC46-CB43-4BF2-90BE-3A2C229B430C_1605839569749″,”source”:”other”,”origin”:”gallery”}

Kerajaan menguatkuasakan PKPD di kedua-dua lokaliti berkenaan 14 hari bermula hari ini.

Sehingga 16 November, sebanyak 938 saringan dilaksanakan di Zon B dan Zon C Taman Meru 2C serta 76 kes positif COVID-19 telah direkodkan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");