Perak Hari Ini

POIS Sumbang 3000 ‘Hand Sanitizer’ kepada Kerajaan Negeri Perak

IPOH – Proven Optimisation Innovative Solution (POIS) Sdn Bhd telah dengan menyumbangkan 3000 cacair pembasmi kuman kepada kerajaan Negeri Perak bagi menyahut semangat kerajaan Malaysia dalam usaha memutuskan rantaian wabak COVID-19.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Negeri Perak, Datuk Nolee Ashilin Bt Dato’ Mohd Radzi, berkata, pihaknya telah menerima sumbangan berkenaan daripada POIS dengan kerjasama Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM).

“Inisiatif ini juga bertujuan untuk mencegah penularan wabak COV1D-19 yang agak membimbangkan masyarakat mahupun pelancongan serta menghargai komunikasi krisis yang di alami oleh pengusaha industri kecil dan sederhana.

“Kita akan diagihkan kepada penggiat pelancongan, pihak bahagian kerajaan tempatan dan juga badan-badan bukan kerajaan (NGO) melalui kerajaan Negeri Perak”. Katanya dalam satu sidang media di Bangunan Kerajaan Negeri Perak, petang tadi.

Pada masa sama, beliau berkata, pihaknya telah memilih 3 agensi untuk diedarkan kepada kumpulan yang telah di kenal pasti antaranya Tourism Perak dan barisan petugas hadapan khususnya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

“Kita juga telah memilih lima (5) NGO untuk menerima sumbangan berkenaan antaranya adalah Pertubuhan Rakan Komuniti Pendidikan Perak (PRKPP), Rumah Teduhan Kelana, Pertubuhan Wanita Prihatin, Pertubuhan Rumah Ngaji, Persatuan Rakan Prihatin Kinta Perak. Katanya

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");