Perak Hari Ini

Polis potong bekalan elektrik premis judi dalam talian di Batu Kurau

TAIPING: Polis dengan kerjasama Tenaga Nasional Berhad (TNB) memotong bekalan elektrik sebuah premis yang terbabit kegiatan penjualan tambah nilai judi dalam talian secara pandu lalu sejak dua bulan lalu di Taman Kurau Aman, Batu Kurau, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Osman Mamat, berkata tindakan itu diambil setelah pemantauan mendapati premis berkenaan beroperasi 24 jam dan menjalankan operasi melalui pintu belakang premis.

“Selain maklumat orang awam pihak TNB turut memaklumkan terdapat penggunaan elektrik yang tinggi sedangkan premis ini tidak pernah dilihat beroperasi (dari hadapan).

“Berdasarkan maklumat dan pemantauan, hari ini pihak polis dengan kerjasama TNB bertindak memotong bekalan elektrik di premis ini,” katanya di sini, hari ini.

Tambahnya lagi selain pemotongan bekalan elektrik, pihak polis akan turut membuat permohonan untuk membatalkan lesen perniagaan premis berkenaan.

Osman berkata kes disiasat mengikut Seksyen 41C dan 21A Akta Rumah Judi Terbuka 1953. – Berita Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");