Perak Hari Ini

PRE Fasa 4: Peruntukan Lebih RM9 juta Untuk Penjaja Kecil, Peniaga Dan Usahawan Mikro Yang Terjejas Di Perak

faizal azumu peja

IPOH – Kerajaan Perak meluluskan peruntukan bantuan khas berjumlah lebih RM9 juta bagi peniaga, penjaja kecil dan usahawan mikro di negeri ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, bantuan di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Negeri Perak Fasa Ke-4 (PRE Fasa 4) itu bertujuan meringankan beban golongan tersebut yang terkesan ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Katanya antara inisiatif di bawah PRE Fasa 4 adalah pengecualian sewaan gerai makan milik Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi tempoh sebulan iaitu November ini.

Jelasnya Inisiatif yang memperuntukkan sebanyak RM1.63 juta itu akan memberi manfaat kepada 10,335 peniaga dan penjaja kecil di kesemua 15 PBT seluruh negeri.

“Kerajaan negeri juga bersetuju meluluskan peruntukan sebanyak RM4.7 juta bagi menyalurkan bantuan one-off atau sekali beri sebanyak RM500 kepada 9,361 peniaga dan penjaja kecil, bagi meringankan beban mereka.

“Ini adalah bantuan sekali beri kali kedua kepada para peniaga dan penjaja kecil selepas kerajaan negeri menyalurkan bantuan tunai RM500 dalam PRE Fasa 2 sebelum ini,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Selain itu beliau bagi membantu lebih ramai usahawan mikro yang terjejas akibat penularan COVID-19, kerajaan negeri bersetuju untuk menambah peruntukan sebanyak RM2.7 juta untuk Geran Prihatin Usahawan Perak (GeRUP).

“Sebelum ini, di bawah PRE Fas 2, kerajaan negeri telah meluluskan peruntukan sebanyak RM1 juta untuk membantu para usahawan mikro untuk terus kekal berdaya saing,” jelas beliau lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");