Perak Hari Ini

Projek Khas Tani COVID-19 Sasar Bantu 318 Petani Terpilih Perak

IPOH – Kerajaan Perak melancarkan Projek Khas Tani COVID-19 dengan peruntukan berjumlah RM856,000 bagi membantu 318 petani tanaman makanan utama yang terkesan akibat pandemik itu.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata bantuan input baja dan racun itu dijangka siap diagihkan kepada semua petani terpilih selewat-lewatnya akhir bulan depan.

“Pada majlis ini kita akan agihkan bantuan input baja dan racun kepada wakil-wakil petani di daerah Kinta.

“Insyallah kita jangkakan bantuan ini akan dapat diagihkan kepada kesemua petani terpilih selewat-lewatnya akhir bulan depan.

“Kita berharap bantuan ini sedikit sebanyak akan meringankan beban wira-wira tani kita dan sebagai motivasi kepada mereka untuk berjuang sebagai barisan hadapan sekuriti makanan negara,” katanya.

{“uid”:”BA89BC46-CB43-4BF2-90BE-3A2C229B430C_1605762327304″,”source”:”other”,”origin”:”gallery”}

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Projek Khas Tani COVID-19 di Bangunan Perak Darul Ridzuan, dekat sini, hari ini.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim; Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Perikanan, Perladangan dan Sekuriti Makanan Negeri, Datuk Abdul Yunus Jamahri serta Pengarah Jabatan Pertanian Negeri, Norsiyenti Othman.

Dalam pada itu, Ahmad Faizal berkata berdasarkan data tidak rasmi oleh Jabatan Pertanian Negeri, sehingga 30 Oktober lalu ia menunjukkan kemungkinan berlaku penyusutan pengeluaran hasil tani untuk tahun ini.

“Setakat 30 Oktober lalu, komoditi sayur-sayuran mencatatkan hasil  pengeluaran sebanyak 61,051.27 metrik tan manakala bagi komoditi buah-buahan pula, hasil pengeluaran yang dicatatkan adalah sebanyak 61,209.46 metrik tan.

“Ini adalah lebih rendah jika kita bandingkan dengan pengeluaran sebanyak 117,003.30 metrik tan bagi sayur-sayuran dan 111,885.00 metrik tan bagi buah-buahan sepanjang tahun 2019 yang lalu.

“Penurunan ini disebabkan kedua-dua komoditi ini mengalami kesukaran proses penuaian dan kekangan pemasaran khususnya dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang lalu,” katanya.

Justeru tambah beliau, di bawah inisiatif Skim Agro Prihatin, Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (PPPNP) telah membelanjakan RM2.4 juta bagi membeli lambakan sayur daripada petani yang terkesan.

Katanya lagi Belanjawan Negeri Perak 2021 yang akan dibentangkan nanti turut akan memberi perhatian khusus kepada sektor pertanian dalam membela nasib para petani, penternak dan nelayan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");