Berita Hari Ini

Pusat hiburan masih degil beroperasi

PUTRAJAYA: Walaupun pusat hiburan tidak dibenarkan beroperasi semasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), namun pemilik premis itu seolah-olah tidak mempedulikan arahan kerajaan apabila seramai 131 individu ditangkap Polis Diraja Malaysia (PDRM) semalam.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, jumlah itu antara 568 individu lain ditahan atas kesalahan ingkar PKPB dan PKP Pemulihan (PKPP) dengan 516 daripadanya dikompaun, 49 individu pula direman selain tiga dijamin.

Menurut beliau, antara kesalahan lain yang ditahan ialah gagal mematuhi penjarakan fizikal (160), tidak memakai pelitup muka (116),  gagal menyediakan peralatan merekod  butiran pelanggan (56), merentas negeri atau daerah PKPB tanpa kebenaran (43) dan lain-lain kesalahan  (62). 

“Task Force Operasi Pematuhan membuat 51,245 pemeriksaan melalui 2,471 Pasukan Pematuhan melibatkan 11,875 anggota.

“Operasi Benteng juga berjaya menahan 42 pendatang asing tanpa izin (PATI) melalui 250 sekatan jalan raya.

“Kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba  memasuki sempadan negara secara haram dan agensi-agensi penguat kuasa terus mengetatkan kawalan sempadan terutamanya di lorong-lorong tikus,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, sejak 24 Julai lalu, seramai 67,555 individu pulang ke  tanah air melalui pintu masuk sempadan antarabangsa dari 36 negara dan kesemua   ditempatkan di 67 hotel dan 20 institusi lain. 

Daripada jumlah itu, katanya, seramai 9,488 individu sedang menjalani proses kuarantin wajib manakala 388  lagi dihantar ke hospital untuk rawatan, selain 57,679 individu pula dibenarkan pulang.

Ismail Sabri turut memberitahu, Operasi Sanitasi Awam di bawah kawal selia Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan sejak 30 Mac lalu melakukan 11,444 operasi sanitasi  merangkumi 137 zon.

Katanya, sebanyak 13,758 premis disanitasi terdiri daripada  2,807 pusat perniagaan, 1,638 kawasan perumahan termasuk projek perumahan rakyat (PPR), 2,715 tempat  awam, 354 pasar raya dan 6,244 bangunan kerajaan.  

“Semalam, sebanyak 29 operasi sanitasi dilakukan meliputi lima zon merah, tiga zon jingga, lima zon kuning dan empat zon hijau melibatkan sembilan negeri,” katanya.

Beliau berkata, Penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) membuat 687 pemantauan harian ke atas  12 jenis bekalan barangan termasuk peruncit (493), pemborong (162) dan pengilang  (32). 

Ujar beliau, secara keseluruhan bekalan barangan keperluan mencukupi dan mampu  menampung keperluan dalam negara secara berterusan dan mudah diperoleh. 

“Pegawai penguat kuasa KPDNEHP juga melakukan 981 pemeriksaan khas Pematuhan prosedur operasi standard (SOP) PKPP dan mendapati kesemua premis mematuhinya,” katanya.

– UTUSAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");