Perak Hari Ini

Radius 2 Km Operasi Mencari Kanak-kanak Hanyut Di Sungai Chepor

IPOH – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak melakukan operasi mencari dan penyelamat kanak-kanak yang dikhuatiri hanyut di Sungai Chepor dalam radius kira-kira dua kilometer (km) dari lokasi mangsa dilaporkan hilang.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat JBPM Negeri, Mohamad Yunus Abu berkata kawasan pencarian meliputi dari lokasi kejadian sehingga ke empangan tebatan banjir yang berada dalam radius sama.

Katanya lagi keadaan cuaca hujan yang mengakibatkan peningkatan deras air sungai menjadi antara cabaran yang dihadapi pasukan penyelamat.

“Kita juga telah menggerakkan pasukan pencarian di kawasan empangan tersebut dan kawasan yang berhampiran dengan sungai berkenaan

“Kita juga telah mengarahkan agar sepasukan anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh dan Batu Gajah untuk sama-sama meminta penduduk setempat membuat tinjauan sama di kawasan tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di lokasi kejadian di Kampung Chepor Dalam, Meru Raya di sini, hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz ketika ditemui mengesahkan identiti mangsa terlibat Muhammad Deniss Ramadhan Amar Fizry.

Murid Tahun 4 Sekolah Kebangsaan Seri Klebang itu merupakan anak kedua dari tiga anak pasangan Amar Fizry Razali dan Maizatul Nadia Zulkifli.

Katanya ketika kejadian sekitar jam 10.30 pagi, mangsa, Muhammad Deniss Ramadhan Amar Fizry, 10 disyaki terjatuh selepas cuba membantu rakannya mengambil selipar yang terjatuh ke sungai berkenaan.

Pada masa sama, saksi kejadian Mohd Syawal Rozali, 13, berkata dia sebelum itu kebetulan melalui jambatan di situ dan terserempak dengan mangsa bersama empat rakan mangsa di lokasi kejadian yang diberitahu berhasrat mahu mandi sungai di situ.

“Selepas hanyut saya nampak mangsa cuba berpaut pada pokok di tebing sungai dan menjerit-jerit minta tolong,” katanya.

Tambahnya lagi, dia yang menyaksikan kejadian itu terus berlari cuba meminta bantuan kepada orang sekeliling.

“Namun sebalik sahaja datang semula kes situ, saya tengok dia sudah hilang,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");