Perak Hari Ini

Redup, Hujan Renyai Iringi Pengkebumian Ahli Parlimen Gerik

GERIK: Cuaca redup dan hujan renyai mengiringi pengkebumian Jenazah Ahli Parlimen Gerik Allahyarham Datuk Hasbullah Osman di Tanah Perkuburan Islam Kampung Padang , dekat sini sekitar jam 11.45 pagi  tadi. 

Jenazah tiba di kediamannya di Kampung Ulu Kenderong dekat sini dari Hospital Raub, Pahang kira-kira jam 5.30 pagi tadi. 

Kemudian jenazah Allahyarham disembahyangkan di Masjid Jamek Gerik kira-kira jam 10.25 pagi yang diimamkan anak sulungnya Mohd Haris Helmi, 34. 

{“uid”:”BA89BC46-CB43-4BF2-90BE-3A2C229B430C_1605588250162″,”source”:”other”,”origin”:”gallery”}

Suasana sedih menyelebungi lebih 1,000  orang yang hadir terdiri daripada ahli keluarga, rakan dan kenalan. 

Perjalanan solat jenazah dan pengebumian dikawal pihak polis dan kakitangan kesihatan bagi memastikan kesemua yang hadir mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). 

Antara turut hadir, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak, merangkap EXCO Kerajaan Negeri, Datuk Saarani Mohamad, bekas Menteri Besar Perak, Tan Sri Mohamad Tajol Rosli Ghazali, serta barisan EXCO Kerajaan Negeri lain dan Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

{“uid”:”BA89BC46-CB43-4BF2-90BE-3A2C229B430C_1605588147951″,”source”:”other”,”origin”:”gallery”}

Allahyarham yang juga Ketua Bahagian UMNO Gerik, meninggalkan isteri  dan lapan anak. 

Hasbullah, 63, tidak sedarkan diri susulan serangan jantung ketika berada di Raub, Pahang kira-kira 6.30 petang semalam.

 Allahyarham kemudian dikejarkan ke Hospital Raub sebelum disahkan meninggal dunia kira-kira pada jam 7 malam.

{“uid”:”BA89BC46-CB43-4BF2-90BE-3A2C229B430C_1605588127670″,”source”:”other”,”origin”:”gallery”}

Allahyarham merupakan ADUN Temenggor  sejak 2004 sehingga 2013 sebelum bertanding dan memenangi kerusi Parlimen Gerik pada Pilihan Raya Umum ke-13.  

Hasbullah dilantik sebagai Pengerusi Syarikat Perumahan Negara Bhd (SPNB) pada 12 Mei lepas.

Hasbullah juga pernah menjadi setiausaha politik kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang ketika itu menyandang jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");