Berita Hari Ini

Rogol Remaja 15 Tahun, Enam Warga Asing Ditahan

KUALA LUMPUR: Enam lelaki warga asing ditahan dipercayai merogol seorang remaja perempuan berusia 15 tahun yang melarikan diri dari rumah perlindungan, semalam.

BH Online melaporkan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Esha, berkata kesemua suspek ditahan susulan siasatan dijalankan berhubung laporan dibuat seorang pegawai kanan polis Bukit Aman, kelmarin.

“Kita terima satu laporan polis daripada seorang pegawai kanan polis Bukit Aman, mengatakan beliau terjumpa seorang remaja perempuan sedang melepak dan merayau-rayau di Jalan 6/4, Taman Komersial, Pandan Indah, kira-kira jam 5.30 petang.

“Beliau menghampiri remaja itu dan melakukan pemeriksaan sebelum membawanya ke balai polis kerana disyaki mangsa dirogol beberapa lelaki warga asing,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Katanya lagi, mangsa kemudian dihantar ke Hospital Ampang untuk rawatan dan pemeriksaan kesihatan.

“Berdasarkan siasatan awal mendapati mangsa dirogol lebih dari sekali di sekitar daerah Ampang.

“Mangsa yang berusia 15 tahun tidak bersekolah dan kedua ibu bapanya sudah bercerai,” katanya.

Beliau berkata, mangsa pernah mendapat perlindungan Rumah Nur Kasih namun melarikan diri dari rumah perlindungan itu sejak awal tahun lalu.

“Susulan siasatan yang dijalankan, polis menahan enam lelaki warga asing berusia antara 15 hingga 25 tahun, semalam.

“Kesemua suspek adalah pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) dan bekerja sebagai buruh kasar,” katanya.

Tambahnya, dua daripada enam suspek didapati poitif dadah jenis Opiat dan THC (tetrahydrocannabinol).

“Kesemua suspek kini direman selama 14 hari sehingga 15 November depan.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan iaitu rogol yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan sekiranya sabit kesalahan,” katanya

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");