Berita Hari Ini
Like

Rokok, Vape Dikenakan Duti Eksais 10 peratus Mulai 2021

November 6, 2020
209 Views
0 Comments
1 minute read
Rokok, Vape Dikenakan Duti Eksais 10 peratus Mulai 2021

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan mengenakan duti eksais pada kadar 10 peratus ke atas semua jenis peranti rokok elektronik dan bukan elektronik termasuk vape berkuat kuasa 1 Januari 2021.

BH Online melaporkan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz, berkata cecair rokok elektronik juga akan dikenakan duti eksais pada kadar 40 sen per milimeter.

Katanya, mulai 1 Januari 2021 juga, kerajaan juga akan mengenakan langkah membekukan pengeluaran lesen import rokok baharu, mengetatkan pembaharuan lesen import rokok dan mengehadkan aktiviti penghantaran rokok kepada pelabuhan tertentu.

“Selain itu kerajaan akan mengenakan cukai dengan kemudahan pulang balik ke atas semua rokok import bagi tujuan penghantaran dan eksport semula, tidak membenarkan aktiviti penghantaran dan eksport semula rokok menggunakan bot kumpit dan mengenakan cukai ke atas rokok dan produk tembakau di semua Pulau Bebas Cukai,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat, hari ini.

Comments are closed.