Membawang Hari Ini
Like

“Saya Boleh Mati Bila-Bila Masa Saja..”

November 28, 2020
111 Views
0 Comments
2 minutes read
“Saya Boleh Mati Bila-Bila Masa Saja..”

Berkongsikan keadaan kesihatannya yang sedang bergelut dengan penyakit jantung, pelawak dan penulis lirik popular, Bob Lokman memaklumkan dia berisiko tinggi untuk meninggal dunia secara mengejut.

Hanya berserah soal ajal kepada Allah, Bob atau nama sebenarnya Mohd Hakim Lokman, mengambil kesempatan untuk memohon maaf kepada semua pihak sekiranya ada kata-kata atau tindakannya yang mengguris hati.

“Doktor maklumkan dalam tempoh sebulan ini, tak mustahil jika saya meninggal dunia secara mengejut. Itu berdasarkan ilmu kedoktoran, namun saya serahkan soal ajal kepada Allah.javascript:false

“Kepada yang mengenali saya atau tidak, saya banyak dosa. Maafkan sekiranya ada yang terguris dengan kesombongan saya, tutur kata, atau lawak jenaka saya yang keterlaluan ketika saya muncul di kaca TV,” katanya kepada Harian Metro.

Mengalami masalah jantung sejak 1998 lagi, Bob berkata dia baru sahaja dibenarkan keluar hospital selepas dua hari ditahan. Kata Bob, dia masukkan ke hospital selepas pitam seketika ketika mengambil wuduk.

“Rabu lalu, kali pertama saya berdepan situasi di mana jantung saya berdegup kencang. Ketika saya nak ambil wuduk, tiba-tiba saya pitam sekejap kerana oksigen tak sampai ke otak. Apabila saya tersedar sekejap, saya macam lupa apa yang saya sedang buat.

“Jadi, apabila dada saya mula sakit sampai ke bahagian belakang, saya minta sepupu saya hantarkan saya ke bahagian kecemasan di Hospital Univers Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, tak jauh dari rumah,” katanya.

Difahamkan, Bob kini memerlukan bantuan dana sehingga RM60,000 bagi kos pemasangan alat IACD di badannya.

Bagi yang ingin menderma, sumbangan boleh disalurkan ke akaun Maybak bernombor 162348359386 atas nama Relawati Daud (isteri Bob Lokman) atau akaun Maybank bernombor 564490211159 atas nama Muslim Care Malaysia.

Comments are closed.