Berita Hari Ini

Semua Surau Di Lebuh Raya PLUS Dibuka Semula

KUALA LUMPUR – Semua surau di kawasan rehat dan rawat (R&R), hentian sebelah dan plaza tol di lebuh raya kendalian PLUS Malaysia Berhad (PLUS) termasuk di Negeri Sembilan dibuka semula hari ini. 

PLUS dalam kenyataan hari ini memaklumkan ia selari dengan keputusan Jabatan Agama Islam di setiap negeri dan kawasan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Sehubungan itu, pengguna lebuh raya yang berhenti untuk menunaikan solat di kawasan berkenaan dinasihatkan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi memastikan keselamatan semua pihak.

Pada masa sama, PLUS juga akan memastikan kesemua surau dan kemudahan awam lain sentiasa disanitasi secara berjadual.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");