Berita Hari Ini

Semua surau di lebuh raya Plus, LPT2 dibuka semula bermula hari ini

Kemudahan surau di kawasan rehat dan rawat (R&R), hentian sebelah dan plaza tol di lebuh raya kendalian PLUS Malaysia Berhad (Plus) dibuka semula hari ini selaras dengan keputusan Jabatan Agama Islam di kawasan dan negeri perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB).

Ketua pegawai operasi Plus Zakaria Ahmad Zabidi berkata, pengguna lebuh raya kini dibenarkan menunaikan solat di surau yang terletak di R&R, hentian sebelah dan plaza tol di Kedah, Pulau Pinang, Perak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Selangor, Melaka, Johor dan Terengganu serta surau yang terletak di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2).

Bagaimanapun, surau yang terletak di R&R, hentian sebelah dan plaza tol di Negeri Sembilan masih lagi ditutup kepada orang ramai.

Beliau berkata, pengguna perlu mendaftar menggunakan aplikasi MySejahtera atau secara manual bagi tujuan pengesanan kontak sebelum menggunakan kemudahan tersebut.

“Pelanggan juga dinasihatkan supaya membawa kelengkapan untuk solat seperti telekung dan sejadah sendiri untuk memastikan kebersihan diri terjaga kerana kelengkapan tersebut tidak disediakan buat masa ini.

“Penanda penjarakan fizikal turut disediakan di setiap ruangan solat di surau serta di kawasan mengambil wuduk untuk memastikan jarak fizikal 1meter,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Plus turut menasihati orang ramai supaya segera meninggalkan surau setelah menunaikan solat bagi mengurangkan kontak fizikal di lokasi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");