Perak Hari Ini

Seorang Kakitangan Pejabat MB Perak Positif COVID-19

IPOH – Pejabat Menteri Besar Perak mengesahkan seorang kakitangan disahkan positif COVID-19 selepas menjalani ujian saringan kesihatan.

Dalam satu kenyataan Pejabat Menteri Besar memaklumkan walau bagaimanapun Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu tidak berada di pejabat kerana menghadiri sidang Parlimen ketika ini. 

“Atas faktor keselamatan, Datuk Seri Ahmad Faizal telah menjalani ujian saringan kesihatan semalam dan keputusan disahkan negatif Covid-19.

“Sama-sama kita doakan agar kakitangan yang telah disahkan positif Covid-19 akan segera sembuh sepenuhnya dan semua warga kerja Pejabat Menteri Besar serta seluruh rakyat dipelihara daripada ancaman wabak ini,” katanya dalam kenyataan, hari ini. 

Tambahnya lagi proses sanitasi telah dijalankan di Pejabat Menteri Besar di Bangunan Perak Darul Ridzuan, dekat ini mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan. 

“Sementara pihak Jabatan Kesihatan Negeri menjalankan saringan kontak rapat kakitangan tersebut, pegawai dan kakitangan pejabat Menteri Besar telah diarahkan untuk menjalani kuarantin kendiri di rumah serta memantau tahap kesihatan masing-masing sehingga arahan selanjutnya dari pihak Jabatan Kesihatan Negeri,” katanya lagi. 

Difahamkan pejabat lain di Bangunan Perak Darul Ridzuan masih beroperasi seperti biasa. 

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");