Perak Hari Ini

‘Serbu’ Pasar Raya Seawal Pagi

IPOH – Penduduk di sekitar bandar raya ini dilihat mula berpusu-pusu ke beberapa pasar raya sejak semalam sehingga hari ini bagi mendapatkan keperluan barangan harian.

Situasi tersebut susulan pengumuman kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ke tujuh negeri di Semenanjung kecuali Pahang, Perlis dan Kelantan selama empat minggu, bermula 9 November hingga 6 Disember ini.

Tinjauan PerakToday ke sebuah pasar raya mendapati ruangan parkir kenderaan hampir kesemuanya penuh berbanding sebelum ini.

Kelihatan orang ramai mula beratur untuk masuk ke dalam pasar raya yang difahamkan mula sesak seawal jam 8 pagi tadi.

Turut dilihat orang ramai yang berada di dalam pasar raya pula terpaksa beratur panjang untuk membuat pembayaran di kaunter juruwang.

Rata-rata antara barangan yang memenuhi troli masing-masing adalah seperti daging, sayur-sayuran, beras, makanan dalam tin dan sebagainya.

Selain itu beberapa rak makanan dilihat mula kosong namun ianya mula diisi kembali oleh pekerja pasar raya pada sebelah petang secara berperingkat.

{“uid”:”BA89BC46-CB43-4BF2-90BE-3A2C229B430C_1604819363169″,”source”:”other”,”origin”:”gallery”}

Menurut salah seorang pekerja yang hanya mahu dikenali sebagai Zainor, situasi tersebut dilihat agak luar biasa semenjak kerajaan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

“Walaupun pada hari minggu, kebiasaannya jumlah pengunjung tidak terlalu ramai seperti hari ini. Mungkin disebabkan PKPB yang akan dilaksanakan esok ada yang mungkin merasa panik,” katanya.

Bagi salah seorang pengunjung yang ditemui pada sebelah petang, Nur Zarinah Adham, 41, pada awalnya dia bersama anaknya telah pergi ke pasar raya tersebut pada sebelah pagi.

Namun disebabkan keadaan orang terlalu ramai dan barisan untuk masuk ke dalam pasar raya agak panjang, dia membatalkan hasratnya itu.

“Saya memang terkejut kerana apabila sampai sahaja pagi tadi, saya lihat pengunjung terpaksa beratur untuk  masuk ke dalam.

“Saya menganggap keadaan di dalam mungkin sudah sesak dan pihak pengurusan terpaksa menghadkan jumlah pengunjung. Saya bimbang sekiranya terpaksa bersesak-sesak di dalam kerana saya hadir bersama anak kecil.

“Kemudian saya datang kembali pada sebelah petang ini, dan lihat keadaan mula tenang dan tidak perlu beratur. Malah stok barangan tetap ada di rak-rak pasar raya,” katanya.

Sementara itu, seorang kakitangan kerajaan, Muhammad Saiful Azri, 55, berkata dia sudah menjangkakan pengumuman PKPB akan memberi kesan panik pada segelintir masyarakat.

“Mungkin kita sebagai masyarakat tidak perlu untuk berpusu-pusu ke pasar raya untuk mendapatkan barangan keperluan. Hanya beli yang perlu sahaja dan pada masa sama memikirkan pengunjung yang lain,”  ujarnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");