Berita Hari Ini

Sesungguhnya nyawa, kebajikan rakyat lebih penting – MPN

Ahli-ahli Dewan Rakyat yang bakal bersidang esok diminta mengenepikan kepentingan parti masing-masing buat sementara waktu supaya Bajet Bijaksana 2021 dapat diluluskan.

Presiden Majlis Profesor Negara, Prof Datuk Dr. Raduan Che Rose mengingatkan nyawa dan kebajikan rakyat dapat dijaga secara kolektif dalam Parlimen ketika negara sedang bertarung dengan wabak Covid-19.

”Sesungguhnya nyawa dan kebajikan rakyat adalah lebih penting dari kepentingan politik. Rakyat akan berterima kasih kepada semua anggota Parlimen yang tulus,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Sehubungan itu, Majlis Profesor Negara (MPN) berharap agar seluruh anggota Parlimen Malaysia yang akan bersidang esok sentiasa berpegang kepada tiga prinsip utama iaitu berfikiran bijaksana berpandukan ketulusan hati nurani, bertindak secara bertanggung jawab demi melindungi nyawa dan kebajikan rakyat dan bersedia berkorban kepentingan politik masing-masing demi kepentingan rakyat dan negara.

Raduan berkata, setakat ini sistem politik Malaysia masih berjalan dengan teratur, walaupun kurang stabil, berlandaskan peruntukan-peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan dan nasihat yang dititahkan oleh Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu.

Tegasnya, Parlimen Malaysia perlu berfungsi secara rasional dan teratur supaya sistem demokrasi yang telah terbina dapat terus berjalan dengan baik dan kestabilan sosial dapat dipelihara.

Ini kerana, pemulihan ekonomi negara, dalam konteks penularan wabak Covid-19 ini, banyak bergantung kepada kebijaksanaan hati nurani, perasaan bertanggung jawab dan pengorbanan yang rasional semua pihak, terutamanya para anggota Parlimen Malaysia yang akan membuat keputusan yang penting berkaitan Bajet 2021 nanti. – MalaysiaGazette

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");